Isnin, 24 Mei 2010

BERSEGERA MELAKUKAN AMAL SOLEH


Saudara/i yang dirahmati Allah,

Pada kali ini saya ingin berbicara tentang penekanan nabi saw kepada umatnya supaya bersegera melakukan amal ibadah sebelumnya datangnya saat yang penuh dugaan dan fitnah. Nabi saw menggesa umatnya supaya jangan menangguh-nangguhnya ke suatu masa akan datang iaitu hari tua, ketika sakit atau sudah tidak berdaya lagi.

Sabda nabi saw daripada Abu Hurairah r.a:

بَادِرُوا بالأعْمَال فتنا كقطع الليل المُظلِم
“Bersegeralah melakukan berbagai amal soleh sebelum datangnya bermacam fitnah seperti malam yang gelap gelita”. (Riwayat Ahmad, Muslim dan Tirmizi)

Nabi saw menyatakan bahawa kehidupan dunia ini penuh dengan bermacam cobaan dan pancaroba. Kadang-kadang manusia tenggelam dengan kemewahan dan kebendaan sehingga membawa mereka semakin lalai dan jauh daripada amal soleh. Oleh itu nabi menyeru kita supaya jangan menangguh-nangguhkannya sebaliknya kita hendaklah bersegera melakukan amal ibadah sebelum datangnya cobaan itu dan seterusnya menyelamatkan kita daripada tenggelam dengan cobaan itu.

Mengapa kita diminta bersegera melakukan amal soleh?

1. Berlumba-lumba melakukan amal ibadah adalah perintah Allah dann Rasulnya.
2. Berlomba-lomba dalam melakukan amal soleh adalah sifat hamba-hamba Allah yang mulia.
3. Bersegera dalam melakukan amal soleh memungkin menjadi perintis dalam agenda gerakan kebaikan, hingga kita mendapat pahala yang besar dan terus mengalir sekalipun kita sudah meninggal dunia.
4. Bersegera dalam melakukan kebaikan memungkinkan kita mendapat peluang keemasan yang tidak akan diperolehi oleh orang yang lambat.
5. Kita diminta bersegera kerana waktu yang tersedia untuk beramal auh lebih sedikit daripada amal yang patut kita laksanakan.
6. Dengan segera beramal, bererti kita telah menyambut seruan rasul saw agar kita mengungguli umat-umat terdahulu dari segi kualiti dan kuantiti.

Bagaiman cara saya dapat bersegera melakukan amal kebaikan?

1. Mendapatkan bekalan ilmu yang boleh memandu tentang cara perlaksanaan dan keutamaan sesuatu amal.
2. Mengukuhkan tekad untuk segera melaksanakan amal soleh.
3. Membaca kisah hidup ulama silam dan menadikannya sebagai tauladan.
4. Sentiasa mengenangkan kisah penyesalan ahli neraka di akhirat nanti.
5. Berkumpul dan bergaul dengan orang yang bersemangat dan bersaing dalam kebaikan.
6. Berdoa kepada Allah agar diberi kemahuan dan kemampuan dalam melaksanakan amal soleh.

Justeru, marilah kita bersegera mengerjakan seluruh perintah Allah dan menambahkan dengan ibadah-ibadah sunat tanpa menangguh-nangguh ke hari tua. Di antara sifat orang mukmin ialah segera mentaati
READ MORE - BERSEGERA MELAKUKAN AMAL SOLEH
Related Posts with Thumbnails